Assalamualikum,
aku seorang manusia yang jarang dan kalau boleh tak mahu berkongsi
sebarang personal stuff on socmed,
even aku marah or someone just pissed me off aku akan cuba sedaya upaya tak bercerita
on any of my socmed.
tapi kalau aku cerita or update or tulis something regarding that stuff ,
benda tuh maybe dah beyond my border.
Kali ini,aku mahu berkongsi dengan kalian . Aku mahu open up about one thing
yang ramai tak tahu . Aku tak pandai nak bermadah kata , menyusun kata supaya sedap dibaca
aku menulis dengan segala daya aku .
setiap kali orang tanya
" belajar course apa?"
" sains dengan pendidikan"
" ohhh minat nak jadi cikgu la ni .."
"heheheheh minatt! "
Begitu lah yang aku akan jawap setiap kali orang bertanya.
Back to 2010 Cikgu Zamir's bahasa melayu class.
" Tulisan kamu tuee tolongla besar kan sikit , tulis elok-elok !"
" Susah saya nak tanda !!! " sambung cikgu zamir lagi.
" Awak ingat senang ke jadi cikgu , awak mungkin tak tahu , tapi susah taw
jadi cikgu , ...."
" Saya doakan nanti ada antara kamu yang akan jadi cikgu nanti ,masatu baru kamu rasa apa yang saya rasa "
Kata-kata dia sangat jelas dan aku masih ingat sampai sekarang .
Anddd TADAAAAAA YADAAAAA here i'm Wan Amirah Anis student school of education.
Masin mulut cikgu .Allah makbulkan doa cikgu zamir. Setahu aku, kawan aku syasya pun sambung study dia
dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Suatu hari pada hari jumaat , aku masih ingat dengan jelas even benda dah lepas 8 years ago.
Cikgu Zamir masuk kelas kami , even on that day tak de subjek dia, and dia masuk sekejap kelas , masa cikgu lain tengah mengajar.
Dia pakai baju melayu lengkap dengan samping bewarna merah jambu, segak !
Ohh lupa nak mention , selain mengajar BM , dia juga mengajar PJK dan juga guru kelas aku.
Dia dah mengajar kami dari darjah 4 , so kami macam kamching la jgk dengan dia.
Aku masih ingat dia melangkah ke dalam kelas menuju ke arah kalendar yang ada berhampiran papan putih kelas, dia berkata sambil membelek kalendar,,,
" Saya kemungkinan takde minggu depan, jadi saya nak kamu semua siapkan kerja yang saya bagi!"
Yup dia kasi bnyak gila kerja buat karangan. Sumpah banyak weh untuk budak darjah 6 buat hahha.
Lagipun , time tuh nak dekat UPSR dah, dia risau agaknya, students dia bnyak main.
Dan aku tak berapa ingat apa yang dikata lepas tuh, yang pasti dia ada pesan lagi,
but i forgot already.
Lepas dia dah selesai , dia melangkah keluar kelas dan hari berjalan seperti biasa.
Maka weekend tuh, pulun la aku siap kan kerja BM cikgu zamir.
Gila tak pulun, banyak kot.
One of my classmate called me ( ak ada phone masatu hahah).
Seingat aku pagi ahad ,if im not mistaken la.
" Wehh asal tak angkat kol aku semalam ...."
Ye aku memang malas nak angkat phone call dari dia.
Kejam nya aku weh .
" Cikgu Zamir accident semalam weh, dia dah meninggal ,,,,"
PANGGGG ! aku speechless .
Aku memang tak tahu nak kasi reaksi apa lagi wehh time tu.
Lepas phone call tuh, my father balik dari pasar and showed me the news paper ,
,Cikgu Zamir masuk paper .Dia meninggal ditempat kejadian .
He ride a motorcycle .And dia accident dengan kereta.
I was so shocked , i'm not even crying, sbb aku terkejut !
Baru jumpa wehh hari jumaat ,hari tuh.
Korang taw, it's turned out yang hari jumaat tuh , hari terakhir arwah cikgu zamir
jumpa dengan kita orang , he even gave a clue yang dia akan pergi , he even said yang dia tak ade minggu depan . Plus, he wore his baju nikah on that day.
He passed away on 21 august 2010.
Semoga roh arwah cikgu zamir ditempatkan di kalangan org yang beriman .Aminn
So ,Amirah kenapa pendidikan ?
kerana aku ingin meneruskan semangat arwah cikgu zamir,
dan yang selebihnya agak cliche sikit hahah so aku tak nak share .
Aku minta kalian doakan aku agar dapat menjadi pendidik yang bertanggungjawab
memanusiakan generasi akan datang.
Doakan aku kuat ye....
