Tuesday, December 25, 2012

pengorbanan si doktor bedah


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
… … … …
“kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”
doktor tersebut tersenyum dan berkata :
“sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”
“bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..
si doktor tersenyum lagi & berkata :
” saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
” drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali”..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”
“memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!”
kata si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. ”
alhamdulillah..anak anda selamat..!”
dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah
“kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!”
“kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
“komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..

” Moral : Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”

Saturday, December 22, 2012

FAKTA : tahukah anda bahawa laptop anda mempunyai jantina?

assalamualaikum..
ok pelik x tajuk entri nie ! 
~mmg mcm x masuk akal kan ^_^~
sebelum buat entri nie pon 
anies dah try dah !
mmg jadi..
haha anies punyew laptop : pompuan::
~jeng jeng jeng~
korunk x caye ker ?
jom kitew try...

STEP 1..

Mule-mule buka notepad !
~taw kan notepad at mne ?~
ok kemudian paste kan

ini di dalm notepad tuh 

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


STEP 2

lpas dah copy and paste..
save kan tajuk nyew !

i love u.vbs

STEP 3

ok pergi dekat tempat save tadiew !
and double click file i love u tuh,
dan akan adew satu suara yg sebut i love u
adakah lelaki atau pompuan ..

CUBA LAH !



Wednesday, December 12, 2012

titipan seorang teman ...


assalamualaikum...
awak yang baca ini ..ketahui lah 
saya bersyukur kerana dipertemukan dengan awk..
alhamdullilah syukur ya Allah...



aku tahu siapa lah diri ku untuk kau sanjung
seperti permaisuri yg d'sanjung dan d'junjung..
tapi kau tetap masih menerima ku
kau kata ....
''... walau pun kau tidak punya harta seperti hartawan skali aku tetap
menerima kau sebab kita kan KAWAN...''

Ya Allah sungguh besar kuasa mu ! hebat nye seorang SAHABAT itu..

kadang-kadang aku ini beban buat mu ...
memakse mu untuk 
MENDENGAR 
MEMAHAMI
MENGERTI
MENGETAHUI
tentang diriku..
kadang2 biler berhadapan dgn mu
aku rsew malu sebab aku slalu menyusahkan kau..
aku rsew malu sebab kau slalu lapkan air mata ku..
tapi kau slalu senyum dan tetap melayan karenah aku
kau kata ...
''...itu lah yang dikatakan SAHABAT ..yang slalu adew disisi kau...
xkira senang atau susah ...''

''Ya Allah Engkau beri kan lah kebahagian kepada nya ...
kerana telah banyak kali sahabat ku berkorban untuk ku
Engkau beri kan kesenangan dunia dan akhirat untuk
nya ...''

dia lah matahari yang bersinar di kala siangku
bulan di kala malam ku...
walaupon kadang2 aku tidak nampak bulan itu
kerana awan menutupi nye..
tapi dia slalu nampak aku...

aku melangkah dengan satu tujuan , satu harapan dan satu cita-cita
dlm perjalanan aku mengapai itu..
Allah titip kan kau untuk menemani aku walaupon kau tahu yang aku
bukan lah istimewa..
dan sejak itu lah kau memberikan
aku sejuta harapan , seribu tujuan dan beribu-ribu insirasi
untuk ku !








terima kasih untuk hari-hari ku yang indah 
terima kasih untuk gelak tawa mu yg menghiburkan ku
terima kasih untuk keprihatinan mu kepada ku
terima kasih untuk memory yg cukup membuatkan aku
ketawa seorang diri bila teringat kan memory itu.
terima kasih untuk nasihat yg tlah kaw beri kan
dan
terima kasih kerana telah mengertikan aku apa itu
sahabat..

betapa jauh beribu batu
sekalipun kita berpisah
ikatan nan jalin
tetap kukuh malah ia
semakin akrab sekali
apabila kerinduan ini
sering datang bertemu
lalu terbayanglah
warkah puisiku ini
bait-bait patah yang indah
buat pengganti diri
pengubat kerinduan

yang selalu merindui gelak tawa mu 













Tuesday, November 20, 2012

tutorial : camner nk buat blog ..


assalamualaikum
adew org tanyew at aku camner nk buat blog 
senang jew ...

ok mula2
kolo korang nk sign up blog >>  tekan sini

korang akan jumpe macam nie kan 

>> click untuk lebey comey <<



sebenar nyew gunew yahoo mail pon bole 
xpi kolo x bole kene sign up gmail erk..
ikut korang la erk...
aq xkesah ikut korang punyew kesenangan la

ok dah sign up ..
apew tunggu lagi sign in la blog...

ok next step ialah
lepas korang sign in mesti korunk 
jmpe cmni kan ..
tekan tempat yg aq merah kan tuh yerrr...


lepas dah tekan dy akan muncul cmnie ..


ok yg number 1 tuh untuk tajuk blog korang 
contoh = cerita antara kami ...

yg 6ber 2 tuh untu @blogspot
korang ubuh la apew yg korunk skuew
mcm 
= cerita_antarakami@blogspot...


yg ketiga tuh,,
korunk pilih lah yg jenis blog apew yg korank skew

lepas dah pilih dan siap isi semua klik
create blog..



>>dah siap<<

nanti kitew buat mcm ner nk cantik kan blog plak ok .. !

Monday, November 19, 2012

bidadari besi ::: para mujahidah

assalamualaikum
kaum hawa mmg terkenal dgn kelembutan nyew...
kesopanan nyew
tapi pada zaman rasullulah
mereka ini (muhajidah)
mmegang pedang dan berjihad ..

NUSAIBAH SI JAGUH PEDANG 
 Nusaibah binti Ka'ab Ansyariyah
dia juga digelaR Ummu Umarah
kerana keberanian nyew mengibas-ngibas pedang milik nyew...
*merupakan pahlawan wanita islam yg turut serta dalam
perang Yamamah yg ketika itu dipimpin oleh panglima kHALID bin WALID.
ketika perang itu lah tgn nyew terpotong..
Ummu Umarah sendiri menuturkan pengalamannya pada Perang Uhud, sebagaimana berikut: "…saya pergi ke Uhud dan melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam, kemudian ikut serta di dalam medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka."


Khaulah binti Azur (Ksatria Berkuda Hitam)

khaulah merupakan seorang muslimah yg kuat jiwa dan raga..
minat nyew bermain dengan pedang dan tombak
terselah sejak khaulah masih lagi kecil

Diriwayatkan betapa dalam salah satu peperangan melawan pasukan kafir Romawi di bawah kepemimpinan Panglima Khalid bin Walid, tiba-tiba saja muncul seorang penunggang kuda berbalut pakaian serba hitam yang dengan tangkas memacu kudanya ke tengah-tengah medan pertempuran. Seperti singa lapar yang siap menerkam, sosok berkuda itu mengibas-ngibaskan pedangnya dan dalam waktu singkat menumbangkan tiga orang musuh.
Panglima Khalid bin Walid serta seluruh pasukannya tercengang melihat ketangkasan sosok berbaju hitam itu. Mereka bertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang tertutup rapat seluruh tubuhnya dan hanya terlihat kedua matanya saja itu. Semangat jihad pasukan Muslimin pun terbakar kembali begitu mengetahui bahwa the Black Rider, di penunggang kuda berbaju hitam itu adalah seorang wanita!

bagaimana pula dengan kita?

sebenarnya banyak lagi yg nk citer tapiew nanti kitew sambung agy yer ..
insyallah

~jihad fisabillah~

T.I.N.T.A   M.U.H.A.J.I.D.A.H

Wednesday, October 24, 2012

mengapa hawa sombong ? belagak ? poyo? dll

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi s
alam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...

Saturday, October 13, 2012

sindrom anak ke-2 ...


Assalamualaikum, urmm, mostly, anak kedua adalah anak yang paling lain dari lain-lain adik beradik. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, asal anak nombor dua je, mesti yang paling pelik. Dia la yang paling pelik. Dia lah yang paling terasing. Kadang-kadang, yang paling bermasalah pun dia. <<<YANG PALING BERMASALAH?? tataulahh kan, depends kat orang kot...hihihi, aku?? bukan type yang bawak masalah kot..hihihihi
Ok tajuk ni ade kaitan dengan aku sebenarnya...hoho, apa kata korang?? betol tak korang2 ni yang anak nombor dua ni berpewartakan seperti ini:



1.ANAK MANJA MAK/MAMA/UMMI/MUMMY DIA

Sikit2 ibu, sikit2 mak...[psstt, betol ke ni? hehh! manja tu betol kot, tapi bukan mengada okess] (~,~)

2. SEORANG YANG DEGIL

Anak kedua dikatakan degil, keras kepala dan tidak mahu mendengar kata semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGAK .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..<< ini yang di share oleh Farah


Bagaimana pula dengan apa yang di share oleh The Other Khairul? hehe..>>>ANAK BONGSU NI DEGIL..Hah. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, kalau anak bongsu dalam adik beradik yang ramai, mesti degil dan manja (Perempuan). Apa yang dia nak, mesti dia nak dapatkan juga. Kebanyakkannya buat something based on perasaan. So, ada certain keputusan tu, dia akan buat masa dia dalam mood tertentu. So faham-faham lah. Bila tengah marah akan kasi keputusan macam mana. Bila happy akan cakap macam mana kan?


Hahaha, aku rasa anak bongsu yang selalunya degil, aku dulu2 time muda2 adelah degil skit biasalah muda remaja lagi kan...muehihihi, tapi sekarang OK je kot...haaahaha siapalah aku nak menilai diri ini...tapi insyaAllah aku tau siapa aku...muahahahhahaa



3.  TAK PANDAI MEMUJUK
Tak digoyahkan anak nombor dua…. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban tapi dia tak pandai pujuk boyfie/gurfie dia... <<< XD kahkahh, yang ni macam betol je....aku memang tak pandai memujuk, most of the time aku lebih suka memberikan respond "angguk2, geleng2, owhh camtu ke" hohohohohoho!!!
4. HATI LEMBUT 
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka <<< hohoho, tak dinafikan aku adelah seorang yang berhati lembut...mungkin juga sebab aku adelah cewek...hihihi...memang patah seribu sebenarnya kalau orang perli2 ke kutuk2 ke ape, tapi aku lebih suka simpan sendiri2 dan carilah port mana2 nak nangis........>.<....ahaks...cuma kekadang je bila rasa perlu aku akan story kat membe aku....hehhee
 

5. BERDIKARI

very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..Tapi  mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.<<<< hoho, yang ni macam betol je tapi aku bukan jenis kaki suka ambil port or suka mengongkong sampai ke tahap macam ni>>>>( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ... aku lebih suka layan dunia aku sendiri KECUALI, ada sesuatu hal yang memang wajib bagi aku untuk ambil port, so aku memang 99.99% melibatkan diri...muaahahahahahhh



6. TAPI PAYAH NAK TERIMA ARAHAN

anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri... << apa kata korang wahai anak nombor dua?? hihihi, betol eyhh korang ni tak boleh terima arahan?? hahha...mungkin sebab tu bos2 di luar sana anak nombor dua?? XD...muahahhaa....eyhh jap2, tapi kita boleh tau kerja dengan orang, kalau tak macam mana kita nak jadi bos??... hihihihi

7. PEMAAF & CARING

Tak dinafikan nombor dua ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham-faham sajer lah.... <<< woott woot!! terasa tau kita...muehhehehe....

8. PAKAIAN

Nak ajer up to date…semua nak kemas….TAK dapat  merasa kita nk up to date<<< OK ni tipu!! muahahha, aku kalau up to date ke down to date ke, kalau dah cantik kat aku yang tu lah aku pakai...nak kemas tu ye kot...muehehhehe


Ok I'm ready!! Klik2!!! (^,^)V

Tuesday, October 2, 2012

this is my sweetheart ,,,,,

assalamualaikum 
hai...
 mostly to silent reader [ xreti2 nk follow kew ]
by the way ... hahahahahha
nie dy buah hati pengarang jantung ,intan payung kesuma dewi anies ...
hahah pnjang xpangkat dy ????
nama penuh dy  Al-quran Nur Qarim...
tlah pun di turunkan untuk semua umat islam padew 
tlah diturunkan padew 17 ramadahan...
didalm buah hati ini terdapat lebih 6236 ayat II yg sangat 
brguna ... hah .... indah nyew islam
apew yg menarik lagi ... dalam buah hati anies nie adew 30 organ [juzuk]
dan 114 pancaindera [surah] yg membantu manusia dlm kehidupan...
apew lagiew meh la kitew ngorat buah hati pengarang jantung , intan payung kesuma 
dewi ini ...
dapat pahala...
masuk syurga 
insyallah .....
>,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,<

Thursday, September 13, 2012

ujian-Mu ...

u . j . i . a . n
U =  ujian diturun kan untuk hamba Allah untuk dinilai kesabaran nya..
 j =                                        jangn sesekali hilangkan atau kurangkan
 i =                                                                      iman didada kerana 
a =                              apabila di uji iman manusia akan bertambah ..
n =     nikmat kemanisan akan dirasai pabila kita menempuhi ujian nie 
dgn penuh SABAR ...

Monday, September 3, 2012

tudung litup bidang 60....

assalamualaikum..
hurmm pasti adew yg histeria pabila tudung ini disebut ..
kih3 nauzubillah lah
ok anies nak ckp pasal tudung ini..
majoriti yg memakai tdg ini pasti digelar ustazah...rite ?
tapiew bagi anies pesalah nyew org gelar kitew ustazah kan..
insyallah suatu hari nanti kitew jadi ustazah kew wallahualam...

bagi anies kolo org yg xpakai tdg nie pon xpew tapiew adew syarat ...
1).kene lah tutup bahagian dada...
2).tidak jarang atau menampakkan leher mu yang cantik tuh yew...
3).tidak menarik minat lelaki untuk melihat ke arah mu...

kolo dew yg slh tlg comment erk anies nie pon perlukan teguran agar tahu kesilapan..
ok hurmm bagi anies adew keistimewaan org yg pakai tudung nie ...

~muslimah tuh insyallah akan slalu susah nak kene ragut..
cos tdg tuh dah sembunyi kan tgn dy ...
~n kolo perogol nak merogol skali pon mesti
dorang pikir 100 kali nak rogol kew x

hurmm banyak lagi sebenar nyew benefits nyew aniew juz nk buka matew org tentang fesyen tdg
litup bidang 60 nie ...


Friday, August 31, 2012

perempuan awk mmg hebattt !!!! ~TERBAIKK~

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari . . Komfem x tahan bertutup semua . . Tapi, perempuan cool jek . .Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang. . Tiap2 bulan, mesti ada penyakit . .Nak pergi kelas pon susah . . Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit . .Cuba tengok budak lelaki , selamber jek . . Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek . . Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit . . Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul . . Cepat jek sensitif . .Cuba tengok orang putus cinta . . Selalu perempuan yg paling susah nak lupa . .Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru . .Cuba pergi wayang tengok cerita sedih . .Siapa yg paling teruk menangis . .Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi . .Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki . . Hebat tak perempuan?Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah . . Diorang cakap, Allah x adil . .Kenapa Allah lebihkan lelaki ? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami ? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah . .Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan . .Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebal . .Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon . .Kesian kan kat diorang . .Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami . .Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami . .Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan . . Allah bukan setakat adil, tapi ALLAH SANGAT SAYANG kat perempuan . .Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya . . Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki . . Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu . .MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio . .Banyak lagu pasal perempuan kan . . Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali.Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu ? Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan ? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan . .Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni , perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.")

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita . . Betapa cintanya Allah dekat kita . .Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah . . Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindung